Kehidupan ini tidak semudah yang disangka..tapi perlulah belajar bangun semula setelah melalui kegagalan... kadang-kadang terasa diri ini terlalu lemah dan kerdil..namun pengalaman hidup telah mengajar saya menjadi insan yg lebih baik, kuat & tabah .....InsyaAllah...

Mereka bukanlah SAYA. Jadi apa pun yang mereka ingin katakan, biarkan saja..menganggap apa pun....Mereka tidak perlu melalui KESUKARAN kehidupan ini...Mereka tidak tahu apa yang mereka fikirkan itu betul @pun salah...Kerna mereka bukanlah SAYA.

Saturday, March 15, 2014

40 Kesalahan Ibu Bapa

Anak adalah anugerah Allah yang paling berharga. Hargai dan sayangilah mereka. Kepada semua yang bergelar ibu bapa sama-samalah kita renungkan.... 

1.Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2.Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
4. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan jenis makanan kepada anak-anak.
6. Melahirkan suasana tidak seronok ketika makan.
7. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
8. Membezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang pada anak-anak.
10. Sering mengeluh di depan anak-anak.
11. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak. 
12.Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
13. Tidak meraikan kepergian dan kepulangan anak-anak dari sekolah atau tempat belajar.
14. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
15. Tidak suka bercakap dengan anak-anak.
16. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
17. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
18. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
19. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.
20. Menizinkan anak-anak menjamah atau makan makanan / minuman yang ternyata shubhah. ( ragu-ragu tentang halal haram ).
21. Ibu bapa suka bertengkar di hadapan anak-anak.
22. Mamandang rendah terhadap kebolehan anak-anak.
23. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
24. Memberi kebebasan berlebihan kepada anak-anak.
25. Terlalu mengongkong anak-anak.
26. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
27. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
28. Tidak tegas mendidik anak-anak.
29. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
30. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
31. Tidak menunaikan janji yang dibuat pada anak-anak.
32. Kerap meleteri sesuatu kesilapan serta mengungkit-ngungkit hal yang lama.
33. Menghukum tanpa menyatakan atau selidik kesalahan yang dilakukan.
34. Memberi nasihat yang sama dan tidak membina untuk anak-anak.
35. Tidak melayan pertanyaan, kemusykilan serta perasaan anak-anak.
36. Mengenakan hukuman yang tidak setimpal dengan perbuatan yang anak-anak lakukan.
37. Tidak pernah mengambil tahu tentang perasaan dan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.
38. Tidak adil dalam rumah tangga.
39. Menunjukkan muka yang masam dan marah di hadapan anak-anak.
40. Memanggil anak dengan perkataan yang tidak sopan.

Wednesday, June 13, 2012

Doa Menghilangkan Rasa Marah

Assalammualaikum semakin hari semakin rasa tertekan dengan keadaan sekelilingku. usaha yang saya lakukan adalah mengamalkan doa ini setiap hari. InsyaAllah, mudah2an saya berjaya melakukannya. A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi. Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Friday, April 20, 2012

Lama Sudah ku tinggalkan blog ini

Asslammualaikum....

Terlalu lama saya tak update blog ini...
Banyak menda yang perlu diperbetulkan.
Kehidupan saya sekarang ini hanya ingin mencari keredhan dari Allah.
Saya tak nak lagi memikirkan apa yang orang sekeliling berkata dengan diri saya...
Apa pun yang berlaku adalah dari Allah.
Allah sedang menguji setiap hambaNya supaya bersabar.
Sebagai hambaNya, kita perlu sentiasa muhasabah kan diri agar menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
Mengambil kata orang sekeliling dari sudut yang positif akan membuatkan kehidupan kita berubah.
Saya selalu mendengar kata hikmah dari Prof dr Muhaya agar sentiasa berfikiran positif.
Bila kita berfikiran positif, hati akan menjadi tenang.
Berubah menjadi lebih baik dan menuju keredhan Allah tidak merugikan diri sendiri.
Jauhilah dari terus melakukan kesilapan walaupun sekecil-kecil kesilapan kerana kesannya amat la mendalam.
Jauhi 10 perkara ini.



Renungkan bersama dan tinggalkan sekiranya masih melakukannya...

Ketika Ambil Wuduk, Niatkanlah Dalam hati..


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah > mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama. :)
Petikan dari Facebook Tanyalah Ustaz

Monday, July 19, 2010

RAHSIA BACAAN DAN GERAKAN DALAM SOLAT KITA

RAHSIA BACAAN DAN GERAKAN DALAM SOLAT KITA

1. Niat sebelum mendirikan solat, memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri dengan lurus, kelebihannya adalah apabila kita meninggal dunia, ia dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbiratul ihram, ia sebagai peliata yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Surah al Fatihah, ia adalah pakaian kita yang indah-indah di dalam kubur.
5. Rukuk, ia sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. Iktidal, akan memberi minuman dari telaga al-Kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud, ia memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim.
8. Duduk antara dua sujud (awal), akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara dua sujud (akhir), menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar.
10. Tahiyat akhir akan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur.
11. Selawat kepada nabi, sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12. Memberi salam, memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib, kita akan bertemu dengan Allah SWT.

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah?

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tidak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta,

Fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Dipetik dari:
bliss-infinity.blogspot

Thursday, July 8, 2010

Doaku



Hanya padaMu kumemohon
Dipelihara diri ni
Kumemohon agar diampunkan segala dosaku
Ku pohon rahmatMu dalam menjalani kehidupan ni